Berkenan hantar titah perutusan takziah








BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Presiden Republik India, Puan Yang Terutama Droupadi Murmu dan Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Narendra Modi, kerajaan dan rakyat Republik India berikutan dengan nahas pesawat Air India AI 171 di Ahmedabad, Republik India baru-baru ini.


Close